top of page
maahad tahfiz sains
cetusan idea
ALMARHUM TOK GURU
NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Idea penubuhan ini adalah hasil dari cetusan pemikiran Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat  sendiri yang mengharapkan wujudnya kesepaduan ilmu wahyu dengan ilmu wakie dalam kurikulum.

SEJARAH

         Pada peringkat awalnya Maahad Tahfiz Wal Qiraat ditubuhkan di Pulai             Condong dengan hasrat pelajarnya akan menyambung pelajaran ke                 Syubra Mesir dalam bidang hafazan dan al-Qiraat atau dalam bidang agama. Tetapi sesuatu yang tidak dijangkakan telah berlaku dimana ramai dari kalangan pelajar lepasan SPM di sekolah ini berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang akademik. 


  Bermula dari sinilah timbulnya idea untuk menubuhkan Maahad Tahfiz Sains memandangkan permintaan dan kemampuan pelajar dalam menguasai ilmu akademik disamping ilmu agama dan hafazan al-Quran. Dengan pandangan Tok Guru Nik Aziz yang dapat melihat jauh kedepan beliau mencadangkan agar ditubuhkan sekolah yang dapat memenuhi permintaan dan kemampuan pelajar.
 

  Pihak YIK mula merangka pelan penubuhan Maahad Tahfiz Sains dan mencadangkan dengan nama Maahad Sains Tahfiz. Tetapi cadangan ini diubah oleh Tuan Guru Nik Aziz dengan nama Maahad Tahfiz Sains.

Latar

Belakang

Panorama Penubuhan MTS

5 November 2003

Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin (MTS) telah diluluskan penubuhannya di dalam mesyuarat lembaga YIK 4/2003 bertarikh 10 Ramadhan 1424.

 

25 Januari 2004

Pelancaran penubuhan Maahad Tahfiz Sains di Dewan Teratai, Kota Darul Naim, Kota Bharu,Kelantan.

10 Januari 2004

Temuduga untuk pengambilan pelajar baru generasi pertama, pelajar lelaki di Maahad Muhammadi Lelaki (MML) dan pelajar perempuan di Maahad Muhammadi perempuan(MMP)

 

4 Februari 2004

Pendaftaran pelajar baru seramai 60 orang pelajar lelaki di MML dan 53 orang pelajar perempuan di MMP.

 

3 Julai 2004

Perjumpaan rasmi antara para guru dan ibubapa pelajar Maahad Tahfiz Sains kali pertama.

 

28 November 2004

Temuduga dan peperiksaan bertulis bagi pengambilan pelajar baru sesi 2005 diadakan di pejabat Yayasan Islam Kelantan.Seramai 183 orang pemohon lelaki dan 69 orang pemohon perempuan.

 

1 Januari 2005

Pendaftaran pelajar baru sesi 2005 di tapak sementara di kg Berangan,Tumpat.seramai 120 orang pelajar baru diterima masuk ke tingkatan satu.

 

6 Februari 2005

Sidang akhbar YB Hj. Mohd Amar bin Hj Nik Abdullah,Exco Penerangan,Pendidikan Sains dan Teknologi, Kerajaan Negeri Kelantan di Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, Berangan, Tumpat.

 

7 Mac 2005

Kunjungan Hormat YB Mohd Zaki Ibrahim,ADUN  kelaboran dan rombongan daripada Majlis Tindakan DUN (MTD) seramai 15 orang.

 

20 Mac 2005

Mesyuarat Agong PIBG Maahad Tahfiz Sains kali yang pertama dan Majlis Perletakan Batu Asas Bangunan Tambahan,  dirasmikan oleh Tuan Guru  Dato’ Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat.

 

29-31 Mac 2005

Mukhyyam Tarbawi kali pertama,khusus diadakan untuk semua pelajar, di Danau To’ Uban, Pasir Mas, Kelantan.

 

13 Ogos 2005

Kursus peningkatan staf 1 untuk semua guru-guru dan kakitangan  MTS, telah dijayakan oleh Prof Madya Dr Abdullah Sudin b Abdul Rahman.

 

27 Ogos 2005

Hari keluarga MTS yang pertama kali diadakan,bertempat di Sudara Beach Resort,pantai Melawi,Bachok.

 

31 OKtober 2005

Projek bangunan baru diteruskan oleh PIBG

 

6 Disember 2005

Lawatan dari rombongan Kabupaten Siak,Indonesia bersama pengarah dan pegawai-pegawai YIK.

 

16 Januari 2006

Bangunan baru siap dibina oleh Syarikat Atira Corporation

 

1 Mac 2006

Majlis Penyerahan Projek Bangunan Baru oleh Syarikat Atira Copration kepada Yayasan Islam Kelantan.

Ringkasan

Sejarah

Visi

MTSTM bertekad menjadi sebuah institusi pendidikan yang terkehadapan bagi melahirkan profesional huffaz yang berketerampilan mengikut acuan Al-Quran.

Institusi Pendidikan Berketerampilan Unggul Menjelang 2020

Misi

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensI individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis  dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.
FALSAFAH YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK)
Pendidikan Islam sebagaimana yang diterjemahkan pengertiannya dalam istilah-istilah Ta’lim, Ta’dib, Irsyad dan Tadris adalah satu usaha berterusan kearah memperkembangkan potensi individu muslim sebagai hamba Allah dan khalifahnya di bumi secara menyeluruhdan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, Aqliah, Aqidah, Emosi dan Jasmani berdasarkan ajaran Islam. Usaha ini adalah bagi melahirkan muslim yang beriman, berilmu pengetahuan, beramal soleh dan layak berkhidmat  untuk membangun keluarga, masyarakat,negara dan umat.

Perkataan Iqra'

Bermulanya kejayaan warga MTS di dunia dan akhirat adalah berteraskan pembacaan dan pengahayatan al-Quran dengan berpaksikan keikhlasaan kepada Allah

Simbol M

Melambangkan Maahad iaitu satu pusat tarbiah yang bakal melahirkan cendekiawan dan ulama' islam insyaAllah.

al-Quran

Menjadi penyuluh kehidupan dan cahaya kebenaran serta melambangkan gedung ilmu yang akan dihayati.

Struktur Gear

Melambangkan kemajuan dan teknologi terkini tidak diabaikan dalam mengajar kebahagiaan dunia dan akhirat.

Struktur Atom

Melambangkan ilmu sains menjadi salah satu asas penubuhan dan bakal dikuasai oleh pelajar MTS bagi mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat.

Alat Geometri

Melambangkan ilmu Matematik menjadi salah satu teras pengajian yang diperkukuhkan

Simbol Bulatan

Melambangkan hubungna ikatan yang kukuh anatara warga MTS dalam menjayakan visi dan misi yang telah digarabkan

visi

Alamat

Maahad Tahfiz Sains,

Bendang Baru, Kg. Bukit Panau, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Hubungi kami

No. tel: 09-950 3300

No. faks 06-950 2979

Emel: mtstanahmerah@gmail.com

bottom of page